Volkswagen Fest 2022 buka tirai, perlihat SUV elektrik ID.4 Pro

oleh Mohamad Hanif|
Acara tahunan Volkswagen Fest kini kembali untuk tahun 2022 dengan membawakan pelbagai acara menarik disusun khusus untuk para peminat jenama itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Membuat kemunculan rasmi di Sentul Depot adalah SUV elektrik ID.4 yang hadir dalam varian Pro RWD, selain barisan model-model terbaharu seperti Golf, Arteon, Tiguan Allspace.
 

VW


Terdapat juga pameran kenderaan klasik Golf dan Golf GTI, serta model-model ikonik seperti Kombi, Beetle, Scirocco, Karmann Ghia dan Corrado.

Sepanjang dua hari ini, para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan penyanyi jemputan seperti An Honest Mistake, Saint Kylo dan Victor Trixter, selain penampilan istimewa Zeem Ahmad dan Qhoirunnisa di Football Arena.
 

FEST


Volkwagen Fest 2022 dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada hari Sabtu, dan 10 pagi hingga 8 malam pada hari Ahad 16 Oktober.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pameran Audi Experience ini menampilkan portfolio terkini jentera berprestasi tinggi, sedan,…