Volkswagen eShowroom - beli kereta baru di hujung jari!

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan sehingga 14 April ini, pihak Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPC) telah melancarkan ciri pusat pameran dalam talian (VW eShowroom) bagi memudahkan urusan pembelian kenderaan baharu.

Konsep Volkswagen eShowroom ini membawakan pengalaman pembelian secara terus menerusi hujung jari, dan menawarkan pelbagai tawaran hebat khusus buat para pembeli kereta baharu Volkswagen.

Berikut merupakan promosi yang ditawarkan oleh Volkswagen sepanjang bulan April ini:

Model

Penjimatan Standard

Penjimatan Dalam Talian

Jumlah Penjimatan

Tawaran Eksklusif Dalam Talian

Polo

RM3,000

RM1,500

RM4,500

 

Vento Comfortline

RM6,000

RM1,500

RM7,500

 

Vento Highline

RM3,000

RM1,500

RM4,500

 

Beetle

RM5,000

RM3,000

RM8,000

 

Golf R-Line

 

RM3,500

RM3,500

 

Golf GTI & R

RM2,000

RM6,000

RM8,000

 

Tiguan

RM2,000

RM4,000

RM6,000

Insurans percuma satu tahun bernilai RM4,500 dan baucer petrol 1 tahun bernilai RM2,500

Passat Elegance

RM2,000

RM4,000

RM6,000

Insurans percuma satu tahun bernilai RM5,500


Untuk menikmati pengalaman penuh, para pelanggan dikehendaki melayari laman web https://www.volkswagen.com.my/shopping-tools/online-sales dan ikuti langkah mudah berikut:

1. Cari dan pilih model kenderaan yang dikehendaki
2. Isi borang tempahan yang disediakan dalam talian
3. Pilih pusat pengedar Volkswagen berdekatan dan hantar permohonan
4. Tunggu sehingga wakil Volkswagen Customer Care menghubungi anda

 


Selain daripada Volkswagen eShowroom, anda juga boleh menggunakan alternatif dengan melayari Volkswagen Flagship Store di aplikasi Lazada dan ikuti langkah berikut:

1. Cari promosi terkini dan klik "Buy Now".
2. Bayar yuran tempahan 1% untuk meneruskan pembelian.
3. Tunggu emel pengesahan tempahan daripada Lazada.
4. Wakil Volkswagen Customer Care akan menghubungi anda untuk tujuan pengesahan dan pemilihan pusat pengedar.

Setelah selesai proses di atas, para pelanggan akan dihubungi oleh pusat pengedar yang dipilih untuk meneruskan proses pembelian, manakala pendaftaran dan penghantaran kenderaan hanya akan dibuat selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Perkhidmatan itu boleh ditawarkan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Tiada caj…
Berita Domestik
Dibina berdasarkan semangat "Vibrant Power", logo baharu dua dimensi "Volkswagen Baharu" ini…
Berita Domestik
Menurut syarikat itu, semua pengedar Volkswagen di seluruh negara telah memulakan kempen ‘Safe…