Volkswagen dedah teaser Golf R 2021 - hot hatch 316 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun dunia terkesan dengan COVID-19, ia tidak sekali-kali menghalang Volkswagen daripada terus melengkapkan keluarga hot hatch Golf.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Selepas beberapa hari pelancaran model Golf GTI Clubsport berkuasa 296 hp itu, Volkswagen menerusi laman Instagram mendedahkan teaser model Golf yang lebih berkuasa, Golf R.

 


Walaupun ia merupakan sebuah teaser bagi hot hatch, entah kenapa kelibat T-Roc R turut dipaparkan dalam masa yang sama.

Golf R bakal menyertai keluarga besar R yang kini dianggotai oleh Arteon, Arteon Shooting Brake, Tiguan, Touareg R, dan T-Roc yang diperkatakan sebentar tadi, diikuti dengan model wagon Golf R Variant.

 


Beberapa bulan yang lalu, kelibat Golf R telah dikesan tanpa sebarang pelekat samaran di litar Nurburgring, menampilkan rekaan bumper yang lebih agresif, rekaan spoiler belakang yang berbeza, serta kehadiran tip ekzos berkembar pada kiri dan kanan bumper belakang.

Dari segi kuasa, Golf R 2021 dijangka menggunakan enjin 2.0 liter turbo dengan angka output 316 kuasa kuda dan 420 Nm.

Pelancaran rasmi Golf R Mk8 2021 ini akan berlangsung pada 4 November ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…
Model Terbaharu
Ini menjadikan Malaysia sebagai negara kedua di dalam dunia selepas Jerman yang mempunyai kepakaran…
Berita Domestik
Ini adalah berdasarkan semakan di laman web rasmi Volkswagen Malaysia di mana model tersebut telah…