Volkswagen cipta bank kuasa untuk EV, sasar produksi massa pada tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Antara masalah utama yang dihadapi oleh para pemilik kenderaan elektik (EV) pada ketika ini ialah kekurangan pusat pengecasan, terutama di kawasan luar bandar yang mana fasiliti sedia ada tidak mampu menampung bilangan EV yang semakin meningkat saban tahun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk itu, Volkswagen mengambil idea daripada bank kuasa (powerbank) yang kini menjadi kelaziman di kalangan para pemilik peranti pintar dan mengadaptasikan idea tersebut pada barisan EV mereka. 

Dengan kapasiti sehingga 360 kWh, bank kuasa ini mampu memberikan khidmat pengecasan kepada 15 buah EV untuk sekali pengecasan penuh. 
 


Dibekalkan dengan dua buah pengecas jenis penyambung arus terus (DC) dan arus ulang-alik (AC), bank kuasa ini mampu mengecas empat buah EV pada satu-satu masa dan ia akan digantikan dengan bank kuasa baharu sekiranya kehabisan tenaga - sama seperti konsep powerbank peranti pintar.

Bank kuasa mobil ini juga mampu menyimpan tenaga daripada sumber alam seperti tenaga solar dan angin, di mana sumber daripada tenaga ini juga boleh disalurkan kepada EV ketika proses pengecasan. 

Wolfsburg, Jerman bakal menjadi lokasi pertama bank kuasa mobil Volkswagen ini beroperasi selewat-lewatnya pertengahan tahun 2019 dan bakal diperluaskan pengaruhnya kepada kawasan urban yang lain menjelang tahun 2020.
 


Satu idea yang sangat bijak memandangkan Volkswagen juga bakal melancarkan siri keluarga kenderaan elektrik ID mereka tidak lama lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi model yang dilengkapi dengan pek bateri berkapasiti 131 kWh, Ford mendakwa F-150 Lightning…
Gaya Hidup
Telefon bimbit atau peranti pintar masa kini mempunyai dimensi yang semakin besar dengan kadar…
Berita Global
Bagi penggemar kereta klasik daripada Jepun, pihak Links International kini memasarkan satu…