Volkswagen 'bunuh' nama Golf pada masa akan datang?

oleh Mohamad Hanif|
Sesetengah nama model Volkswagen yang ikonik seperti Golf, Polo dan Passat bakal dihentikan bagi memberikan laluan kepada penjualan model EV di beberapa pasaran, menurut ketua jualan dan pemasaran Volkswagen Jurgen Stackmann.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara pasaran yang bakal terjejas termasuklah pasaran Eropah seperti UK yang bakal mengharamkan penjualan kenderaan enjin pembakaran dalaman menjelang tahun 2030.

Ketika ditanya oleh Auto Express berkenaan kemungkinan Golf bakal dijual seiring dengan model elektriK ID.3, Stackmann menjawab "tidak mungkin".

Namun, Stackmann tetap mengesahkan bahawa model Golf akan terus kekal diteruskan sehingga ke generasi ke-sembilan (Mk9) yang bakal membawakan teknologi yang menarik memisahkan antara kenderaan konvensional dan EV.

Untuk kenderaan elektrik, Volkswagen akan terus kekal dengan penggunaan nama keluarga ID pada masa akan datang.

Walaupun Volkswagen kekal dengan langkah menghentikan nama Golf di sesetengah pasaran yang dikuasai kenderaan elektrik, Stackmann masih berharap Golf akan kekal sebagai sebuah nama model yang kuat untuk Volkswagen di beberapa pasaran, serta di Eropah secara khususnya.

Semenjak dilancarkan pada tahun 1974, lebih daripada 35 juta unit Volkswagen Golf telah terjual, dan pada tahun 2019, Golf berjaya menjadi model kedua terlaris di UK dengan jumlah penjualan menghampiri angka 59,000 unit.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu berjaya meraih dana hampir RM800,000 menerusi peserta-peserta, penderma-penderma dan juga…
Berita Global
Ini bermakna, Golf 2024 akan menjadi model bertransmisi automatik sahaja sekiranya tiada sebarang…
Berita Global
  Penduduk tempatan sudah berbulan-bulan merungut di Facebook mengenai keadaan jalan berlubang…