Volkswagen Beetle RSI - Kumbang paling laju!

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Beetle baharu yang hadir pada tahun 1998 itu bukanlah pewaris secara sah kepada generasi asal Beetle yang ikonik itu, walaupun secara zahirnya kelihatan serupa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan bentuk yang sedikit pelik (pada waktu itu), Volkswagen Beetle tidak begitu menarik perhatian para pencinta kelajuan, melainkan satu model ini, Beetle RSI. 

Beetle RSI merupakan antara edisi khas Beetle yang dihasilkan sekitar tahun 2001-2003. 
 


Apa yang membezakan antara Beetle RSI dengan Beetle standard adalah 221 kuasa kuda yang diekstrak daripada enjin 3.2 liter VR6, transmisi enam kelajuan manual serta sistem pacuan empat roda 4motion!

Selain daripada itu, sistem suspensi juga dikatakan ditala semula bagi memberikan aspek pengendalian yang lebih jitu. 
 


Dari segi luaran, fender Beetle RSI telah dilebarkan sebanyak 80 mm bagi memuatkan roda yang lebih lebar bersaiz 235/40ZR-18, manakala sistem Remus Exhaust tip berkembar dan wing belakang yang besar mengakhiri hiasan luaran. 
 


Dengan unit penghasilan yang amat terhad iaitu sekitar 250 unit sahaja, amat sukar untuk menemukan Beetle RSI ini  di atas jalan raya, sekaligus menjadikannya sebagai salah sebuah Beetle yang paling menarik pernah keluar daripada kilang Volkswagen. 
 


Sumber gambar: CarThrottle

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, dia berhenti seketika di tepi susur keluar dari Plaza Tol Gemuruh, Kuala Terengganu untuk…
Berita Global
Untuk mengembalikan semula nostalgia model-model tersebut mungkin agak sukar, ini kerana CEO VW,…
Berita Global
Recall terkini yang melibatkan inflator Takata itu berisiko untuk rosak akibat tahap kelembapan dan…