Model yang dimaksudkan adalah Volkswagen Passat sedan, di mana penjualannya terpaksa dihentikan akibat kalah kepada Skoda Superb, selain daripada populariti SUV yang kian meningkat.
Namun, usah risau kerana model Passat Variant (station wagon) masih lagi akan terus dijual dan ditawarkan pada generasi berikutnya.
Ini kerana VW sendiri mahu mengurangkan risiko kanibalisme, di mana Skoda Superb lebih dikenali sebagai model paling popular disebabkan tahap praktikaliti serta susun atur yang ditawarkan.
Menurut Volkswagen, Skoda Superb generasi baharu dijangka lebih popular di kalangan pelanggan di Eropah Tengah dan Eropah Timur di mana sedan masih lagi popular, manakala model wagon Passat pula lebih popular di kalangan pelanggan Eropah Barat.
Selain daripada model Passat, sebuah lagi model yang bakal dihentikan penjualannya dan tidak akan diteruskan pada generasi baharu adalah Arteon yang kini ditawarkan dalam versi liftback dan Shooting Brake.
Sumber: Automotive News