Volkswagen bakal gunakan platform global tunggal untuk Passat 2023

oleh Mohamad Hanif|
Penawaran sesebuah model dengan dua atau tiga platform yang berbeza bukanlah satu perkara baharu, lihat sahaja contoh Toyota Yaris yang terjual di seluruh dunia dengan tiga platform yang berlainan digunakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sedan saiz pertengahan popular Volkswagen Passat generasi terkini juga sebenarnya dibangunkan dengan pelantar yang berbeza mengikut pasaran - platform PQ46 untuk Amerika dan platform MQB untuk Eropah.

Namun, dalam satu laporan terkini oleh Autocar, Volkswagen dikatakan akan menyatukan semula model Passat ke dalam satu platform tunggal untuk pasaran global.

 


Memetik sumber dalaman, Autocar turut menyebut VW Passat generasi baharu (B9) akan hadir menjelang tahun 2023 bersama-sama Arteon dan juga sebuah EV (ID Vizzion Concept).

Passat 2023 ini akan hadir dalam konfigurasi pacuan roda hadapan atau pacuan semua roda, penawaran bentuk badan sedan dan juga wagon, serta sebuah lagi varian Alltrack dengan jarak kelegaan tanah sedikit tinggi serta pemasangan cladding plastik.

Selari dengan regulasi emisi semasa, platform baharu Passat 2023 akan turut menyokong trenkuasa plug-in hybrid serta model elektrik sepenuh masa, selain daripada trenkuasa normal diesel dan petrol.

 


Generasi kelapan Passat (Passat B8) mula menjengah dunia pada tahun 2014 berdasarkan platform MQB yang telah dipanjangkan, menampilkan beberapa jenis trenkuasa petrol dan diesel.

Model yang paling berkuasa hadir dengan enjin 2.0 liter TSI yang menghasilkan 280 PS, daya kilas 350 Nm serta memiliki keupayaan pecutan sepantas 5.8 saat dari pegun ke 100 km/j.

Mengikuti trend semasa, Volkswagen Passat juga ditawarkan dalam varian crossover wagon - Passat Alltrack - di mana ia didatangkan dengan ciri tipikal sebuah crossover seperti cladding plastik, jarak kelegaan tanah 174 mm dan sistem pacuan semua roda 4Motion.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ukuran panjang bertambah 14 sentimeter dan 5 sentimeter pada ruang kaki. Ruang bagasi belakang…
Berita Global
Sementara di Eropah pula, sebuah lagi sedan segmen D turut menerima nasib yang serupa di mana…
Berita Global
Sebab di sebalik langkah tersebut disumbangkan oleh angka jualan Passat estate yang jauh lebih…