Volkswagen Arteon R-Line Wolfsburg Edition – Lebih Bergaya, Lebih Eksklusif

oleh Qalif Latif|
KUALA LUMPUR, 6 Mei 2025 – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan edisi khas Wolfsburg Edition untuk Arteon R-Line, menampilkan kemasan lebih eksklusif dan pelbagai aksesori tambahan yang menyerlahkan identiti premium model fastback ini.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Model ini akan tampil secara rasmi di Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang bermula 9 Mei hingga 15 Mei.

Lebih Nilai, Harga Lebih Menarik

Sebagai sebahagian daripada tawaran pelancaran, Arteon R-Line Wolfsburg Edition kini boleh dimiliki pada harga promosi RM264,990.00, berbanding harga asal RM304,990.00 – penjimatan sebanyak RM40,000.00. Harga ini termasuk Volkswagen Assurance Package (VAP), yang merangkumi penyelenggaraan percuma selama 7 tahun.

Ciri Edisi Khas: Sentuhan Wolfsburg

Mengambil nama dari bandar kelahiran jenama Volkswagen, edisi ini membawa identiti khas menerusi:

Wolfsburg Emblem

  • Lambang Crest Wolfsburg sebagai simbol eksklusiviti

Wollfsburg Karpet Kaki

  • Kotak pemilik edisi khas yang merangkumi pemegang kunci, Sijil Keaslian dan karpet lantai unik

Dashcam VW Arteon Wolfsburg

  • Volkswagen Universal Traffic Recorder 2.0 (UTR 2.0) untuk rakaman hadapan dan belakang, dilengkapi teknologi Sony “Starvis” untuk prestasi penglihatan malam serta rakaman 2x QHD

VW Arteon Wolfburg valve Cap

  • Penutup injap tayar berlogo VW

Tambahan Istimewa untuk Arteon

Sebagai fastback premium, Arteon R-Line Wolfsburg Edition menerima pelbagai penambahan gaya dan fungsi termasuk:

  • Lampu logo LED Volkswagen di bahagian pintu

  • Penutup hab roda dinamik berlogo VW

  • Pelindung pintu belakang (rear door sill protector)

  • Cargo Elements dengan pelakat velcro, memberi fleksibiliti dalam ruang but

Kesemua ciri ini direka untuk menambah nilai estetika dan praktikaliti harian, menjadikan Arteon bukan sekadar kereta prestasi – malah simbol gaya hidup moden.

Jaminan Premium

Setiap pembelian Arteon Wolfsburg Edition disokong oleh:

  • Waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun

  • Bantuan tepi jalan 24 jam selama 5 tahun

  • Penyelenggaraan percuma selama 7 tahun di bawah Volkswagen Assurance Package

Tempahan Kini Dibuka

Arteon R-Line Wolfsburg Edition kini boleh ditempah di semua pengedar sah Volkswagen seluruh negara. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi Volkswagen Malaysia.

VW Arteon RL Wolfburg Edition Price

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu pertemuan dalaman syarikat di ibu pejabat VW di Wolfsburg baru-baru ini, Ketua Pegawai…
Informasi
Ya, anda tidak silap. Bukan Chiron. Bukan Tourbillon. Tetapi sebuah Mk5 Golf R32 lima pintu,…
Berita Global
Warisan Italdesign Italdesign ditubuhkan pada tahun 1968 oleh pereka terkenal Giorgetto Giugiaro…