Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION kini dengan IQ.DRIVE, harga dari RM299,990

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan Arteon R-Line 4MOTION yang telah dipertingkatkan dan kini dilengkapi teknologi IQ.DRIVE.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Arteon R-Line 4MOTION untuk pasaran Malaysia kini ditawarkan dengan ciri IQ.DRIVE yang merangkumi ciri Front Assist dan Adaptive Cruise Control untuk menawarkan pemanduan yang lebih selesa dan selamat.

 

3

 

Rekaan gaya badan fastback yang kemas itu menyembunyikan fakta bahawa ia dikuasakan oleh nadi 2.0L TSI turbo, dipadankan dengan transmisi klac basah 7 kelajuan DSG yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 280 PS dan 350 Nm.

Seperti namanya, ia turut dilengkapi sistem pacuan semua roda 4MOTION yang membantu pengendalian, dan membolehkan kemampuan untuk memecut dari 0 - 100 kmj dalam masa 5.6 saat sahaja.

 

4

 

Pada bahagian dalaman, Arteon R-Line 4MOTION kini menerima kemaskini kemasan perak R-Line dan stereng baharu, serta port pengecasan tanpa wayar.

Ia juga hadir dengan sistem Digital Cockpit bersama paparan bersaiz 11.7 inci dan sistem skrin infotainment Discover Pro bersaiz 9.2 inci lengkap dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

 

5

 

Bagi memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menarik, ia turut dilengkapi sistem audio premium Harman Kardon 700-watt bersama 12 unit pembesar suara.

VPCM kini menawarkan Arteon R-Line 4MOTION pada harga RM299,990, bersama tawaran penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

 

6

 

Untuk anda yang berminat, tempahan dan sesi pandu uji bagi Arteon R-Line 4MOTION boleh dibuat melalui laman sesawang VPCM.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…
Berita Domestik
Terletak di Gombak, bilik pameran DWA pertama itu dikendalikan oleh MHV Autohaus, salah satu…
Berita Domestik
Sistem IQ.Drive ini merangkumi ciri seperti Travel Assist, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang…