Volkswagen Arteon R-Line - 250 unit sahaja untuk pasaran Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Sedan fastback dalam segmen D dari Volkswagen, Arteon kini hadir ke pasaran Eropah dengan sebuah lagi varian, dan kali ini Volkswagen memposisikan varian baharu ini sebagai varian paling tinggi di dalam penawaran Arteon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, Volkswagen Arteon R-Line Edition 2020. 

Sama seperti wagon Volkswagen Passat R-Line Edition yang diperkenalkan pada tahun lalu, Arteon R-Line Edition turut dilayangkan dengan warna Moonstone Grey yang dikontraskan dengan bumbung hitam. 
 


Penampilan agresif Arteon R-Line ini turut diserikan tinted gelap pada tingkap penumpang dan diakhiri dengan set rim Rosario hitam bersaiz 20 inci pada keempat-empat sudut arca roda.

Ruang dalaman pula tampil elegan dengan upholsteri balutan kulit Nappa, sistem pencahayaan ambien, serta dua baris tempat duduk yang dilengkapi sistem pemanas di dalam pakej Winter. 
 


Sistem infotainmen Discover Pro yang hadir turut merangkumi ciri Wireless App-Connect, ciri kawalan suara serta sambungan kepada radio digital DAB+.

Dari segi keselamatan pula, Volkswagen Arteon R-Line Edition ini tidak kurang hebatnya dengan ciri seperti pengesan papan tanda jalan, Park Assist, bantuan penukaran laluan, kawalan pelayaran adaptif, dan juga brek kecemasan autonomi. 
 


Untuk pasaran Eropah, Volkswagen hanya menawarkan Arteon R-Line Edition ini dengan dua pilihan enjin, iaitu 2.0 TSI (268 hp) dan juga 2.0 TDI dengan turbo berkembar (236 hp), sistem pacuan semua roda 4Motion dan kawalan casis adaptif (DCC). 

Fasa penghantaran hanya akan bermula pada Februari ini. 
 


Diharapkan para pembeli sabar menanti kehadiran VW Arteon ini di pasaran Malaysia kelak. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan Motor1, Volkswagen mengesahkan unit terakhir model sedan liftback…
Berita Domestik
Perkara itu tidak lagi mengejutkan dengan kehadiran pelbagai model SUV dari pelbagai jenama yang…