Volkswagen Arteon 2021 dilancarkan, serta varian baharu Arteon Shooting Brake!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pelancaran model facelift sedan fastback Arteon, Volkswagen juga turut sama memperkenalkan varian baharu Arteon Shooting Brake di peringkat global.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi penampilan, model facelift Arteon (sedan) membawakan sedikit modifikasi terhadap komponen lampu utama, di mana ia kini menampilkan garisan lampu LED yang menghubungi antara kedua-dua lampu utama itu tadi.

Selain daripada itu, rekaan bar krom juga turut lebih prominen dengan kehadiran bukaan liang udara yang lebih sporti berbanding model terdahulu.

 


Rekaan lampu belakang juga serba baharu yang ditambah dengan trim krom, dan diakhiri dengan sistem eksoz yang lebih sporti diikuti dengan penambahan diffuser belakang.

Namun, perubahan yang paling ketara adalah penampilan model Arteon Shooting Brake, sebuah wagon pantas yang sangat praktikal dan mampu menampung muatan kargo sehingga 1,632 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat rata.

 


Sementara itu, ruang kabin turut diberikan nafas baharu bagi memberikan perasaan ekslusif kepada para pemandu dan juga penumpang, terima kasih kepada penampilan roda stereng baharu, serta rekaan papan pemuka yang kini menampilkan ciri 'touch slider' bagi mengawal sistem kawalan iklim automatik kenderaan ini.

Turut diberikan tumpuan adalah rekaan corong udara dan juga sistem infotainmen MIB3 yang kini menyokong sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay, sistem pencahayaan ambien 30 warna, pengecas peranti pintar nirwayar dan sistem audio Harman/Kardon berkuasa 700 watt.

Untuk pemanduan, Arteon 2021 kini didatangkan dengan ciri opsyen Travel Assist yang membenarkan pemanduan separa autonomi yang mampu merangkumi kelajuan 0-210 km/j, serta kamera belakang yang mampu meluaskan sudut pandangan bermula dari 90 darjah sehingga 170 darjah.

 


Sebagai sebuah kereta pantas, Arteon 2021 ditawarkan dengan enjin 2.0 liter empat silider sebaris yang menghasilkan 268 kuasa kuda dan 349 Nm yang memacu roda hadapan, manakala bagi mereka yang gila kuasa boleh mendapatkan varian Arteon-R dengan enjin berkuasa 316 kuasa kuda dengan penampilan luaran yang lebih agresif dan sistem pacuan semua roda.

Bagi mereka yang mahukan lebih teknologi, terdapat varian plug-in hybrid yang menjanjikan jarak sifar emisi yang sangat panjang (tidak diberitahu) dengan kuasa output setinggi 215 kuasa kuda.

Kesemua varian didatangkan dengan sistem transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke mahkamah…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan Motor1, Volkswagen mengesahkan unit terakhir model sedan liftback…
Berita Domestik
Perkara itu tidak lagi mengejutkan dengan kehadiran pelbagai model SUV dari pelbagai jenama yang…