Volkswagen Amarok 2023 - generasi kedua, kongsi platform Ford Ranger

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Volkswagen akhirnya mendedahkan secara rasmi generasi kedua trak pikap VW Amarok 2023 yang bakal mendarat di pasaran tertentu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

VW Amarok berkongsi platform dengan Ford Ranger generasi baharu, namun dengan pendekatan rekaan yang lebih tersendiri, seperti contoh kemasan berbentuk X pada bampar hadapan dengan perkataan Amarok, serta padanan lampu utama matriks LED secara standard.

Berbanding generasi Amarok terdahulu, Amarok baharu ini membawakan dimensi yang lebih besar.

Jarak antara roda kini sepanjang 3,270 mm (bertambah 173 mm) yang menyediakan ruang kabin yang lebih luas terutama untuk model kabin berkembar.
 

Amarok


Amarok juga berkeupayaan untuk meredah air sedalam 800 mm, berbanding 500 mm pada model terdahulu, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda 4Motion.

Tidak ketinggalan, keupayaan untuk menunda muatan seberat 3,500 kg, dan membawa muatan seberat 1,160 kg dengan bumbung yang mampu menahan beban statik seberat 350 kg, membolehkan VW menawarkan opsyen khemah bumbung yang mampu memuatkan empat orang pada satu-satu masa.

Bergantung pada pasaran, VW Amarok boleh didapati dalam versi enjin 2.0 liter diesel berkuasa 148 hp atau 168 hp, atau versi bi-turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 206 hp.
 

V5


Versi tertinggi diesel didatangkan dengan nadi bentangan V6 3.0 liter yang mampu menghasilkan 238 hp atau 247 hp, sementara pilihan enjin yang paling berkuasa pula merupakan enjin EcoBoost 2.3 liter turbo yang mampu menghasilkan 298 hp!

Varian terendah didatangkan dengan padanan transmisi manual, manakala versi dengan kuasa kuda melebihi 200 hp pula mendapat transmisi automatik 10 nisbah kelajuan.

Untuk ruang kabin, VW Amarok membawakan sistem infotainmen yang diubahsuai daripada SYNC4 Ford, dengan skrin bersaiz 10 atau 12 inci bergantung kepada varian yang dipilih, sistem audio Harman Kardon diikuti dengan skrin kluster digital bersaiz lapan inci untuk model bawahan, atau 12 inci untuk model yang lebih premium.
 

Amarok


VW Amarok 2023 boleh didapati dalam lima varian iaitu Amarok, Life, Style, serta penambahan baharu PanAmericana berorientasikan off-road serta varian mewah Aventura.

Difahamkan, terdapat 20 sistem bantuan pemandu dilengkapkan pada VW Amarok termasuklah sistem kawalan jelajah adaptif dan sistem pengecaman papan tanda.

Volkswagen bakal membina Amarok 2023 di kilang Pretoria Afrika Selatan.