Vokswagen lancar kempen "Serlahkan Gaya Anda" sempena musim perayaan

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Vokswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) melancarkan kempen "Serlahkan Gaya Anda" dengan pelbagai tawaran menarik menanti bakal pembeli.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tempoh tawaran ini sah bermula sekarang sehingga 30 Jun 2018 sahaja dan setiap pendaftaran yang berjaya akan menerima baucer kad petrol bernilai RM1,188. 
 


Menerusi "Serlahkan Gaya Anda" ini, pembeli bakal menikmati penjimatan sehingga RM15,000 bagi pembelian kereta baharu termasuklah model Polo, Vento versi Comfortline, Jetta Highline, Beetle Sport, Passat Comfortline dan Highline, Tiguan Comfortline dan Highline beserta Tiguan versi WILD. 

Di samping itu, Volkswagen juga turut menawarkan kadar faedah serendah 0.88% yang terhad kepada  pembelian model-model yang terpilih sahaja.

Kesemua kenderaan Volkswagen turut didatangkan jaminan program penyelenggaraan percuma untuk tiga tahun atau perbatuan sejauh 45,000 km (yang mana terdahulu) bermula pada 1 Januari 2018.

Program ini merangkumi kos penyelenggaraan berkala sepertimana yang telah dijadualkan dan tidak termasuk alat ganti pakai lusuh (wear and tear) tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak VPCM. 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh berkunjung ke bilik pameran dan pengedar sah Volkswagen berhampiran atau dengan melayari laman web www.volkswagen.com.my

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…