Viva hilang kawalan, terbabas, pemandu maut bertemu Hilux

oleh SALINA JALIL|
Seorang posmen maut setelah kereta dipandunya terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux di Kilometer 82, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai petang semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mohamad Nurazreen Faizal Zul, 30, yang memandu Perodua Viva meninggal dunia di Hospital Slim River ketika menerima rawatan.

 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku ketika kereta dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Slim River menghala ke Bidor.

 

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan.

 

“Sebuah Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berada di laluan Sungkai menghala ke Slim River tidak sempat mengelak lalu berlanggar dengan kereta mangsa.

 

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan dirujuk ke Hospital Slim River untuk rawatan manakala pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

 

Beliau berkata, mangsa yang bertugas di Pejabat Pos Tanjung Malim bagaimana pun disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River pada pukul 8.30 malam.

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, akibat kemalangan itu, pemandu dan seorang penumpang dirujuk ke Hospital Yan manakala…
Informasi
  Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya akan…
Berita Domestik
  Kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari itu membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan…