Visi 'Move Your World' bakal ubah pengalaman pemilikan kereta Toyota

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota telah melancarkan visi baharu Gerakan Dunia Anda (Move Your World) yang bakal meningkatkan lagi pengalaman pemilikan kenderaan Toyota, selari dengan apa yang dilaksanakan oleh pasaran lain di seluruh Asia Pasifik.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Lebih dari sekadar slogan baharu, Move Your World ini merangkum matlamat Toyota untuk merealisasikan masyarakat mobiliti masa depan serta mewujudkan kebahagiaan dan mobiliti untuk semua, sesuai dengan peralihan Toyota menjadi sebuah syarikat mobiliti.

Visi baharu ini bakal menyaksikan penerokaan sistem dan perkhidmatan baharu yang bertuuan menjadikan pemilikan kenderaan lebih mudah berbanding sebelum ini.

 

Dari Litar Lumba ke Jalanan

GR Corolla


Untuk para peminat automotif yang serius, Toyota kini mengumpulkan pengalaman dari litar lumba untuk pembangunan model-model berprestasi tinggi GR yang ikonik.

Tahun 2023 diserikan dengan pelancaran lima buah model GR dan GR Sport, mencerminkan warisan sukan permotoran Toyota untuk menginovasikan teknologi dan penyelesaian baharu di bawah tekanan persaingan serta kepelbagaian keadaan muka jalan.

 

Ke arah masa depan yang lebih baik

corolla cross


Langkah menuju ke arah emisi sifar karbon bersih memerlukan pendekatan pelbagai serampang untuk membolehkan semua orang tanpa mengira gaya hidup menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Toyota percaya model Hybrid EV merupakan pilihan yang paling mudah untuk diakses serta lebih berpatutan bagi pemilik kenderaan memulakan perjalanan mengurangkan emisi karbon.

Toyota merancang untuk melancarkan sebuah lagi HEV pada tahun 2023 selepas pengenalan Corolla Cross Hybrid.

 

Pergi lebih jauh

Veloz


Dengan memfokuskan kepada keselamatan dan kemampuan pengguna, visi Move Your World ini bakal menyaksikan Toyota mengorak langkah yang lebih jauh dengan menawarkan perkhidmatan jualan, pemilikan dan selepas jualan yang terkemuka untuk para pelanggannya.

Bermula dari perlindungan Toyota Insurance Package untuk semua kereta tanpa mengira usia, sehinggalah kepada Toyota Service Savers yang boleh membantu pemilik mengekalkan prestasi kereta pada tahap optimum dengan pelan penyelenggaran yang menjimatkan, serta Toyota Financial Packages yang menawarkan pilihan pembiayaan kenderaan paling ideal untuk memenuhi pelbagai keperluan dan gaya hidup.

Pelanggan Toyota juga boleh mendapat manfaat menerusi program kesetiaan Toyota Loyal-T yang membolehkan mereka memperoleh mata ganjaran untuk pembelian, penyelenggaraan, pembaikan serta pembaharuan insurans kenderaan.

Akhir sekali, pemilik kereta akan terus dilindungi menerusi Toyota Vehicle Telematics System (VTS) bagi membantu mereka mengesan lokasi kenderaan dalam masa nyata.

 

Mencipta kebahagiaan dan mobiliti untuk semua

Vios


Tahun lepas sahaja, Toyota telah berjaya mengukir senyuman pada 90,595 pemilik kereta baharu (Toyota & Lexus), dengan peningkatan jumlah jualan sebanyak 44 peratus bagi tempoh Januari-November.

Untuk tahun ini, Toyota berazam untuk mengekalkan rekod yang serba kompetitif dengan pelbagai jenis model baharu yang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis profil pemandu.

Maklumat lanjut berkenaan visi Move Your World ini boleh didapati menerusi laman web https://www.toyota.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program unik itu juga akan menawarkan 12 bakat terpilih dengan pelbagai kemudahan dan kelengkapan…