Vios terjerumus dalam lubang kabel bawah tanah, pemandu dan penumpang selamat

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu oleh seorang wanita bersama anak lelakinya yang berusia empat tahun, nyaris kehilangan nyawa apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan terjerumus dalam kawasan baik pulih kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangsa, Kuala Lumpur, pagi Rabu.


Laporan dari akhbar Berita Harian menyatakan bahawa kejadian yang berlaku pada jam 7.30 pagi itu, wanita terbabit dilaporkan dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Jalan Pahang, dan dalam perjalanan kembali ke rumahnya di AU3.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pemandu wanita yang berusia 32 tahun itu dilaporkan melanggar penghadang air di lorong kiri dan berbabas masuk ke dalam kawasan pembaik pulih kabel menurut kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.


Wanita terbabit dan anaknya tidak mengalami kecederaan dan kenderaan mangsa kemudian ditunda keluar dari kawasan tersebut.


Dalam kenyatan petang Rabu, pihak polis berkata bahawa kes diklasifikasikan di bawah Seksyen RULE 10 LN 166/59 iaitu tidur semasa memandu atau lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik dan kes masih dalam siasatan pihak polis.


Video kejadian dan gambar telah tular dalam laman-laman sosial sejak pagi tadi (Rabu).


Ramai netizen yang memberi komen positif kerana ramai pengguna jalan raya di tempat kejadian telah membantu menyelamatkan pemandu dan anaknya sebaik sahaja kemalangan berlaku dan sebelum kehadiran pihak penyelamat.

 

Syabas Malaysian, sifat saling bantu membantu ini yang kita mahu jadikan teladan dan ikutan!

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pihak polis seperti yang dilaporkan oleh laman…
Berita Domestik
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, maklum balas yang diterima terhadap…
Telah Diuji
Namun, penulis harus berterima kasih kepada pihak UMW Toyota kerana mereka telah menjemput Careta…