Vios Sprint Cup - bakat muda terus serlah taring

oleh Mohamad Hanif|
Program Pembangunan Pelumba Muda yang diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor dan GAZOO Racing sejak dua tahun lalu kini membuahkan hasil yang membanggakan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berdasarkan keputusan perlumbaan Vios Sprint Cup yang berlangsung hujung minggu lalu, pelumba muda Putera Adam yang berusia 16 tahun berjaya merangkul kemenangan berganda bersama-sama rakan yang juga pelumba veteran, Eddie Liew menerusi pasukan Laser Motor Racing.

Selain itu, acara itu turut mempamerkan prestasi cemerlang Naquib Azlan dan juga Mika Hakimi - di mana ketiga-tiga pelumba muda itu tadi merupakan perintis yang beralih daripada perlumbaan karting dan simulasi kepada perlumbaan kereta sebenar.
 

Gazoo Racing


Kedua-dua Putera dan Naquib turut meraih kedudukan podium pada acara Malaysia Championship Series (MCS) yang juga berlangsung pada hujung minggu lalu.

Diadakan bersempena dengan penganjuran MCS, GAZOO Racing Vios Sprint Cup menampilkan dua pusingan dengan empat perlumbaan berasingan. Ia merupakan perlumbaan one-make yang memerlukan pasukan dua pelumba bertempur di dalam tempoh satu jam untuk merebut hadiah bernilai sehingga RM60,000.
 

Vios


Meskipun Vios Sprint Cup dianjurkan secara berasingan daripada Vios Challenge, namun ia masih lagi mengekalkan format perlumbaan one-make di mana pelumba memandu jentera dengan enjin dan transmisi standard, serta spesifikasi suspensi, tayar dan bahan api yang sama bagi memastikan penekanan diberikan kepada skil dan kemahiran pelumba itu sendiri.

Berikut merupakan keputusan perlumbaan kedua Vios Sprint Cup:

1. Eddie Liew/Putera Adam (Laser Motor Racing)
2. William Ho/Liew Jo Choon (Toyotsu Racing)
3. Zizan Razak/Mitchell Cheah (Prima Pearl TD Racing)
4. Freddie Ang/James Liam Russell (Telagamas Toyota)
5. Mika Hakimi/Tengku Djan Ley (Prima Pearl TD Racing)

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu menyaksikan pelumba veteran Eddie Lew bersama gandingan pelumba muda…
Sukan Bermotor
Ianya sebahagian daripada Malaysia Championship Series (MCS) dan akan terdiri daripada dua…
Sukan Bermotor
Acara ini menampilkan dua perlumbaan selama satu jam pada hari Sabtu dan Ahad bagi merebut hadiah…