Vios Hibrid muncul tahun ini, bakal cabar City e:HEV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada tahun 2022, pasaran Thailand dan Indonesia telah menerima Toyota Vios generasi baharu yang dibina menggunakan platform D92A.

Ianya ditawarkan dengan 2 pilihan enjin iaitu 3NR-VE 1.2 liter 4 silinder khusus untuk pasaran Thailand dan enjin 2NR-VE 1.5 liter 4 silinder untuk kebanyakan pasaran Asia Tenggara.

Kedua-dua enjin itu dipadankan sama ada dengan transmisi automatik CVT atau transmisi manual 5 kelajuan (kebanyakan ditawarkan untuk pasaran Indonesia).

2

Baru-baru ini, media dari Thailand iaitu Headlightmag melaporkan bahawa Vios juga dikenali sebagai Yaris Ativ untuk pasaran Thailand akan didatangkan dengan varian hibrid pada suku ketiga atau keempat tahun ini.

Toyota dilaporkan bakal menggunakan teknologi hibrid jenis Siri dari Daihatsu yang lebih ringkas dan mudah supaya dapat mengekalkan Vios dengan harga segmennya.

Teknologi hibrid jenis Siri berfungsi dimana enjin hanya bertindak sebagai generator yang akan mengecas bateri sahaja dan tidak bersambung untuk memberikan kuasa pada roda, sama seperti yang digunakan pada Ativa Hybrid.

 

3

 

Tidak seperti yang ada pada Corolla Cross Hybrid atau City e:HEV dimana keduanya menggunakan teknologi hibrid Siri-Selari dengan 2 motor elektrik yang lebih maju dan mahal.

Namun menurut sumber dari Thailand itu, Vios Hybrid bakal dipadankan dengan enjin 1.5 liter, dimana ia akan digabungkan dengan trenkuasa Daihatsu e-Smart Hybrid.

4

Tentu sekali, jika dibandingkan dari segi kuasa, Vios memiliki kekurangan berbanding City e:HEV dengan teknologi hibrid yang lebih fokus kepada prestasi.

Namun jika dilihat dari segi harga dan sasaran jualan Toyota, Vios pastinya akan mampu memberikan saingan kepada City untuk pembeli yang menginginkan penjimatan dari segi pembelian dan pemilikan.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…
Berita Global
Isu terbaharu itu menjejaskan kira-kira 88,000 unit kenderaan yang dipasang di Thailand dan…
Berita Domestik
Video acah tersebut menunjukkan tagline model terbaharu tersebut iaitu "Defy" bersama beberapa…