Vios Challenge, TGR Festival pusingan akhir diteruskan sebagai acara tertutup

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terkini, UMW Toyota Motor telah pun mengumumkan perlumbaan musim ketiga pusingan keempat Toyota Vios Challenge dan Toyota Gazoo Racing Festival akan diadakan secara tertutup di Litar Antarabangsa Sepang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bermakna, pusingan terakhir Toyota Gazoo Racing Festival untuk musim ini tidak akan dibuka kepada umum, dan hanya akan disertai oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian sahaja. 

 


Pun begitu, UMW Toyota Motor tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalankan proses penyaringan tahap kesihatan terhadap pelumba, ahli pasukan serta kru sebelum memulakan perlumbaan. 

Menurut Ketua Unit Sukan Permotoran UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, "perlumbaan akan ditayangkan secara langsung menerusi Facebook dan Youtube Toyota Malaysia, dan kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyokong selebriti kegemaran mereka menerusi siaran langsung tersebut. 
 


Maklumat lanjut berkenaan TGR Festival boleh didapati di toyota.com.my/tgrmalaysia

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Berita Domestik
Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…