Vios Challenge musim ketiga - Tengku Djan Ley, Hayden Haikal, Shawn Lee ungguli kategori masing-masing

oleh Mohamad Hanif|
Tiada acara kemuncak pusingan keempat dilaksanakan, pihak UMW Toyota akhirnya melabuhkan tirai Festival Toyota Gazoo Racing dan Toyota Vios Challenge Musim Ketiga disebabkan penularan wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Musim ketiga perlumbaan Vios Challenge menyaksikan Tengku Djan Ley dinobatkan sebagai juaran keseluruhan bagi kategori Super Sporting, diikuti oleh Hayden Haikal (kategori Sporting) manakala kategori personaliti TV pula jatuh kepada Shawn Lee.

Menurut Akio Takeyama, Ketua Pegawai Sukan Permotoran Toyota Gazoo Racing Malaysia berkata, "penamatan musim ketiga tanpa acara kemuncak bukanlah cara yang kami inginkan, namun ia terpaksa dilakukan demi memastikan keselamatan dan kesihatan warga awam dan juga kepentingan negara terjamin.

Tambah beliau lagi, keputusan akhir dibuat selepas perbincangan teliti dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh peraturan teknikal kejuaraan, serta perbincangan dengan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM).

 


Musim ketiga perlumbaan jalanan Vios Challenge bermula di Kuala Terengganu (5-7 September) sebelum berpindah ke Bandar Malaysia (9-10 November) manakala pusingan ketiga pula berlangsung di Stadium Batu Kawan (14-16 Februari).

Usah bimbang kerana pihak UMW Toyota kini di dalam perancangan awal bagi mempersiapkan diri menghadapi musim keempat yang difahamkan bakal membawakan kejutan yang menarik bagi Toyota Gazoo Racing Festival dan Toyota Vios Challenge.

Menurut Akio, musim keempat tidak hanya menawarkan format perlumbaan yang diperkemas, akan tetapi turut melibatkan struktur hadiah dan ganjaran yang lebih menarik buat pelumba, pasukan dan pengedar yang turut serta.

Antara elemen lain yang bakal dipertimbangkan termasuklah pembangunan bakat serta perluasan skop TGR e-Racing.

Berikut merupakan kedudukan terkini pelumba bagi Toyota Vios Challenge musim ketiga.

KATEGORI SUPER SPORTING

Kedudukan

Nama

Pasukan

Mata

1

Tengku Djan Ley

23 Motors

90

2

Mark Darwin

Laser Motor Racing

79

3

Freddie Ang

Telagamas Toyota

65

 

KATEGORI SPORTING

Kedudukan

Nama

Pasukan

Mata

1

Hayden Haikal

S&D Motorsports

70

2

Bradley Benedict Anthony

Dream Chaser

58

3

Haji Sutan Mustaffa

SMS Motorsports

57

 

KATEGORI PROMOTIONAL

Kedudukan

Nama

Mata

1

Shawn Lee

93

2

Shukri Yahaya

78

3

Nabil Ahmad

70

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Sukan Bermotor
Selain itu, UWM Toyota juga giat dalam menyumbang kepada pembangunan bakat muda di dalam sukan…
Berita Domestik
Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia…