Vios Challenge musim ke-4: Tengku Djan, Clement Yeo, Shukri Yahaya, Naquib Azlan muncul juara keseluruhan!

oleh Mohamad Hanif|
Acara Vios Challenge Musim Keempat yang penuh mendebarkannitu menyaksikan penggunaan format perlumbaan waktu malam buat kali pertama di dalam sejarah penganjuran perlumbaan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perlumbaan terakhir yang berlangsung malam tadi di Litar Antarabangsa Sepang turut memperlihatkan penguasaan duta TOYOTA GAZOO Racing Malaysia, Tengku Djan Ley sebagai juara kelas Super Sporting, sekaligus menjadikan beliau juara keseluruhan bagi Vios Challenge untuk tahun ini.

"Terlalu banyak tekanan sepanjang perlumbaan akhir malam tadi, namun saya beritahu diri sendiri supaya berlumba dengan pintar," ujar Tengku Djan yang membawa balik hadiah bernilai RM70,000.

Tempat kedua disandang oleh Mitchell Cheah (23 Motors) diikuti Freddie Ang (Telagamas Toyota) di tempat ketiga.
 

VIos


Sementara itu, kelas Sporting menyaksikan pembukaan yang dramatik melibatkan tidak kurang dari enam jentera Vios disebabkan litar yang basah.

Tempat pertama disandang oleh Clement Yeo, sekaligus menjadikan beliau sebagai juara keseluruhan kelas Sporting dan membawa pulang hadiah bernilai RM50,000.

Dalam kelas Promotional, semua mata tertumpu kepada pelumba Zizan Razak dan Shukri Yahaya, di mana masing-masing berazam untuk meraih kedudukan teratas, serta juara keseluruhan dalam kelas tersebut.

Perlumbaan 18 pusingan itu menyaksikan Zizan mendahului Shukri di tempat kedua, sementara penyanyi Khai Bahar pula ditempat ketiga.

Malangnya, Zizan melakukan kesilapan dan ini memberikan peluang kepada Shukri untuk terus mendahului perlumbaan namun kalah kepada Khai Bahar yang berjaya meraih tempat pertama.

Biarpun menduduki tempat kedua disebabkan penalti yang dikenakan, namun kutipan mata sepanjang musim keempat menobatkan Shukri Yahaya sebagai juara keseluruhan bagi kelas Promotional.
 

Vios


Sementara kelas Rookie pula menobatkan Naquib Azlan sebagai juara pertama kelas tersebut, meskipun hanya mempunyai pengalaman perlumbaan sebagai seorang pelumba simulator.

Menurut Akio Takeyama, Ketua Sukan Permotoran Toyota GAZOO Racing Malaysia,  "biarpun menghadapi cabaran yang agak getir disebabkan pandemik, kami rasa bersyukur dapat menamatkan kejuaraan untuk tahun ini.

"Pengenalan format perlumbaan malam juga menjadikan Vios Challenge menjadi satu perlumbaan yang sukar untuk diduga, dan mampu dinikmati bukan sahaja oleh pelumba, bahkan penonton.

Perlumbaan akhir Vios Challenge turut dihadiri sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu.

"Ini merupakan satu inisiatif yang mampu dijalankan secara bebas tanpa sebarang bantuan atau sokongan kewangan daripada kerajaan. Tatkala UMW Toyota mempunyai objektif yang tersendiri untuk dipenuhi, ia merupakan satu kejayaan dan dalam masa yang sama mampu menyumbang kembali kepada sukan permotoran Malaysia," ujar beliau.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Berita Domestik
Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…