Dalam kelas Super Sporting, pelumba veteran Eddie Liew (Laser Motor Racing) muncul sebagai juara dengan kelebihan masa 5.58 saat meninggalkan pesaing Mitchel Cheah (Prima Pearl TD Racing Team) di tempat kedua dan Freddie Ang (Telagamas Toyota) di tempat ketiga.

Nasib tidak menyebelahi pelumba muda Hayden (Axle Motorsports) apabila terlibat dalam insiden bersama-sama Boy Wong, Fariqe Hairuman dan Amer Harris (M7 Japan Project Team), Ady Rahimy (23 Motors) dan Clement Yeo (Distictive Model).
Sementara kelas Rookie pula menyaksikan Sharique Zulqarinain mengakhiri perlumbaan hujung minggu lalu dengan podium berganda, muncul sebagai juara pada perlumbaan kedua setelah meraih tempat kedua pada perlumbaan pertama.
Di dalam kelas Sporting, hasrat juara perlumbaan 1 Naquib Azlan (Axle Motorsports) untuk mengekalkan kejuaraan tidak kesampaian apabila dikenalan penalti 30 saat sekaligus meletakkan beliau di tangga ketujuh secara keseluruhan.
Tempat pertama diduduki oleh Bradley Benedict Anthony (Crestmax Motorsports), diikuti Kenneth Koh (Panglima City Racing) dan Abdul Miqail (23 Motors) di tempat ketiga.

Pertempuran dalam kelas Promotional pula melihat Shukri Yahaya bertukar kedudukan dengan Zizan Razak, sekaligus menjadikan mata perlumbaan kedua-dua pelumba itu seri.
Zizan mengalami masalah ketika pusingan pembukaan menyebabkan beliau jatuh ke kedudukan terakhir setelah bermula dari petak keenam, namun rentak perlumbaan yang dipertunjukkan adalah jauh lebih cepat dan berjaya mengatasi pelumba-pelumba lain.