Vini - MINI Cooper berkuasa V8, 414 hp tarik belakang!

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah firma suspensi terkenal di Britain, Powerflex tidak mengehadkan hasil kerja mereka terhadap sistem gantungan kenderaan semata-mata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di Goodwood Festival of Speed, firma itu telah memperkenalkan sebuah projek modifikasi MINI yang digelar sebagai Vini.

Vini merupakan sebuah MINI yang mendapat jantung baharu daripada BMW M3 E90, iaitu enjin S65 4.0 liter aspirasi natural bentangan V8 yang mampu menghasilkan 414 kuasa kuda.

 


Enjin ini dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, dan menariknya ia tidak dikonfigurasikan untuk pacuan roda hadapan, sebaliknya Vini ini secara asasnya merupakan sebuah MINI tarik belakang!

Untuk memuatkan enjin ini, bahagian floor pan dan bulkhead telah diubahsuai, dan kereta ini turut menggunakan subrangka hadapan daripada Subaru WRX STi dengan sistem suspensi MacPherson kustom dan bushing polyurethane yang dibangunkan sendiri oleh Powerflex.

 


Bahagian luaran Vini ini didatangkan dengan fender flare, hud enjin baharu serta rim berwarna emas yang dibaluti tayar Toyo Proxes R888R di mana ia tidak menampakkan seperti sebuah MINI yang telah dimodifikasi secara ekstrem.

Namun, jika anda masuk ke ruang kabin, anda akan disambut dengan tempat duduk perlumbaan Cobra Motorsport, harnesses perlumbaan empat poin, sangkar keselamatan penuh, sistem brek tangan hidraulik, roda stereng gentian karbon dan papan pemuka baharu yang turut diperbuat daripada bahan gentian karbon.

Tiada sebarang unsur kemewahan daripada MINI seperti mana yang kita biasa lihat.

 


Hasil daripada modifikasi yang disebutkan di atas, Vini ini hanyalah seberat 1,300 kg sahaja!

Selain daripada Powerflex, Vini turut mendapat kerjasama daripada Performance Automotive Aftermarket Association yang terdiri daripada ED Motorsport, Litchfield Motors, Alcon, Tilton Engineering, Bilstein UK, Forge Motorsport, Goodridge, Aero Tec Laboratories (ATL), ITG, Cobra Seats, Lifeline, Racelogic, Syvecs, AiM Tech, dan Braid.

Berita Berkenaan

Berita Global
Firma penala itu kini sedia untuk membuat kemunculan di luar Amerika Syarikat, dan mereka telah…
Berita Global
Tidak seperti GR Yaris standard, enjin tiga silinder 1.6 liter turbo jentera rali GR Yaris H2…
Berita Global
Lebih tepat lagi, AIM EV Sport 01 yang dihasilkan oleh Shiro Nakamura, bekas pereka Nissan GT-R…