VinGroup Vietnam sasar 1 peratus dari pasaran automotif US dengan model EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Kumpulan perniagaan terkenal Vietnam, Vingroup mensasarkan jualan tahunan antara 160,000 ke 180,000 di pasaran automotif US.

Perancangan itu diumumkan oleh pengerusi dan juga pengasasnya, Pham Nhat Vuong ketika mesyuarat agung tahunan hujung bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk memastikan perancangan itu berjaya, Vingroup bercadang untuk menjual sebanyak 15,000 unit kenderaan elektrik (EV) bermula tahun hadapan, dan beberapa ratus ribu unit dalam lima tahun seterusnya.

Vuong, yang juga dikenali sebagai individu terkaya di negara tersebut bercadang untuk melaburkan US$2 billion dari sumber peribadi beliau untuk membantu melonjakkan jualan kenderaan Vingroup di US.

Syarikat itu telah melabur sejumlah US$3.5 billion untuk membina kilang kenderaan di selatan bandar Hai Phong pada Jun 2019.

Kilang itu mampu menghasilkan 250,000 unit kenderaan setahun dan ia telah menjual sebanyak 30,000 unit kenderaan di Vietnam dalam tahun 2020.

Ia bercadang untuk menjual EV di Vietnam pada penghujung tahun ini dan kemudian di Eropah pada tahun 2022.

Vingroup juga bercadang untuk menyenaraikan syarikat VinFast, unit automotifnya di US dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…