Vingroup pertimbang bon Thailand tampung operasi Vinfast

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat konglomerat Vietnam, Vingroup merancang untuk memohon bon denominasi Baht dalam usaha untuk menambah dana bagi menampung operasi pengeluaran kereta Vinfast.
Modenas

Menurut sumber-sumber yang dipercayai, langkah terbaharu itu dilihat bakal memberikan risiko kewangan kepada Vingroup, melihatkan kepada nilai Baht yang dijangka akan terus meningkat tahun ini.

Apatah lagi pada ketika ini syarikat yang sudah pun memiliki hutang yang bertimbun tersebut sedang dalam proses penstrukturan semula bagi memfokuskan kepada bidang teknologi dan pembuatan.  

Kementerian Kewangan Thailand pula dalam satu kenyataan telah meluluskan permohonan kumpulan tersebut untuk mengeluarkan debentur sehingga akhir September. 

Menurut sumber yang dipetik oleh Nikkei Asian Review, butiran lanjut berkenaan bon tersebut masih belum ditetapkan, dan wakil daripada Vingroup untuk mengelak daropada memberikan komen. 

Ketika ini, Vingroup memperoleh sumber komponen automotif daripada pasaran Thailand untuk kegunaan jenama automotifnya, Vinfast, dan sesetengah pakar industri di Vietnam mencadangkan bon tersebut berkemungkinan akan digunakan untuk tujuan import komponen tersebut. 

 


Vingroup yang asalnya merupakan syarikat pembangunan hartanah mula memperluaskan skop perniagaan kepada pelbagai bidang, termasuklah runcit, pendidikan dan penjagaan kesihatan. 

Mereka kemudian menceburkan diri dalam pembuatan kenderaan (Vinfast) pada tahun 2017 dengan pelaburan mencecah $3.5 billion* (RM14.28 billion).

Peruntukan sebanyak $1.5 billion dilaburkan untuk membina kilang pemasangan kenderaan dengan target pengeluaran sebanyak 250,000 kenderaan setahun. 

Malah, pengerusi dan pengasas Vingroup Pham Nhat Vuong sanggup menambah duit peribadi sebanyak $2 billion untuk memastikan kenderaannya memasuki pasaran Amerika Syarikat. 

Pengarah Auto Hospital, Tran Hong Ninh berkata, untuk memastikan mereka terus kekal di dalam bidang automotif dan pembuatan elektronik, Vingroup perlu sanggup menyuntik dana yang lebih besar. 

 


Walaupun Vinfast baharu sahaja memulakan operasi automotif mereka beberapa tahun lalu, ia tidaklah semudah yang disangka oleh kebanyakan netizen. 

Untuk setiap kenderaan Vinfast yang terhasil di atas jalan raya, Vingroup sebenarnya terpaksa menanggung kerugian hampir 300 juta dong atau RM52,815*!

Menurut Anh Pham, pengarah strategi dan perkembangan perniagaan bebas berkata, keadaan ekonomi semasa Vietnam adalah tidak baik untuk entiti Vietnam untuk menerbitkan bon di pasaran premium. 

"Jadi, Thailand adalah pilihan yang terbaik untuk kumpulan Vingroup oleh kerana regulasi pasarannya yang lebih fleksibel," ujarnya lagi. 

*mengikut kadar pertukaran mata wang semasa

Sumber: Nikkei Asian Review

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya pada tahun lalu, mereka telah memulakan fasa produksi bagi model sedan LUX A2.0 (BMW 5-Series…
Berita Global
Kelibat EV baharu itu dikesan sedang diuji di Vietnam dan seperti model-model Vinfast yang lain, ia…
Berita Global
Menurut laporan daripada CarSales AU, ratusan bekas jurutera Holden kini diburu oleh Vinfast dalam…