Vinfast uji kereta elektrik baharu - pelancaran dijangka hujung tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Selepas kehadiran model-model seperti sedan LUX A 2.0, SUV LUX SA 2.0 serta sebuah hatchback tukar jenama Fadil (Opel Karl), pengeluar kenderaan Vinfast kini mengorak langkah baharu untuk memperkenalkan sebuah model baharu berkuasa elektrik untuk pasaran Amerika Syarikat.

Kelibat EV baharu itu dikesan sedang diuji di Vietnam dan seperti model-model Vinfast yang lain, ia juga turut menerima sentuhan daripada Pininfarina.

Vinfast dilaporkan akan memperkenalkan model baharu ini menjelang November 2020, di acara Los Angeles Auto Show.

Laporan daripada AutoDaily.vn menyebut model EV ini bakal dilengkapkan dengan pek bateri LG Chem yang membenarkan jarak operasi sejauh 500 kilometer.

 


Manakala versi paling berkuasa akan ditawarkan dengan 402 kuasa kuda!

Dalam beberapa laporan terdahulu, Vinfast diberitakan telah pun berjaya mengutip ramai bekas pekerja Holden serta menubuhkan pusat kejuruteraan di Australia bagi mempercepatkan lagi pembangunan model-model baharu mereka.

Nasib Vinfast sebagai sebuah jenama baharu tidak menjamin ia bakal meraih keuntungan dalam masa terdekat, malah sepanjang tempoh suku pertama tahun 2020, jenama tersebut hanya berjaya menjual sekitar 5,124 unit kenderaan di Vietnam.

Nak lebih berjaya, Vinfast perlu meneroka pasaran yang lebih besar, seperti yang dilakukan oleh jenama-jenama Korea sebelum ini.

 


Sumber: AutoDaily.vn

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada CarSales AU, ratusan bekas jurutera Holden kini diburu oleh Vinfast dalam…
Berita Global
Menurut sumber-sumber yang dipercayai, langkah terbaharu itu dilihat bakal memberikan risiko…
Berita Global
Sebaliknya, menurut orang paling kaya di Vietnam, Phan Nhat Vuong berazam untuk membawa Vietnam…