VinFast mulakan operasi di Amerika Utara, Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar automotif dari Vietnam kini mengorak langkah memperluaskan pengaruh di peringkat global dengan membuka pejabat operasi di kedua-dua benua Amerika Utara dan Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan pemilik Vingroup kepada Reuters, "VinFast telah pun membuka pejabat di lima pasaran antarabangsa, dan bakal membuka pusat pameran di California. CEO VinFast Amerika Syarikat sudah pun berpindah dari Vietnam ke US.

Untuk tahun 2022, VinFast merancang untuk menjual sehingga 56,000 unit kenderaan elektrik, namun disebabkan krisis kekurangan cip semikonduktor, sasaran tersebut dikurangkan kepada 15,000 unit.

Selain pelancaran dua buah kenderaan elektrik (VF e35 dan VF e36) yang dijadualkan pada Mac tahun hadapan, VinFast juga akan turut memperkenalkan skim pajakan bateri di mana kos bateri tidak akan dimasukkan ke dalam harga jualan kenderaan.

Sebaliknya, pelanggan hanya perlu membayar yuran bulanan yang menyamai kos yang perlu dilaburkan untuk penggunaan petrol sebulan, dan pihak VinFast akan menggantikan pek bateri secara percuma sekiranya kapasiti bateri menurun bawah 70 peratus.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…