VinFast mahu labur US$2b untuk kilang kenderaan termasuk EV dan bateri di India

oleh HEZERI SAMSURI|
VinFast, syarikat automotif Vietnam bakal melabur sebanyak US$2 billion untuk membina kilang kenderaan termasuk EV dan bateri di India.

Sebanyak 30 peratus dari kenderaan yang dihasilkan di kilang yang bakal dibina di Tamil Nadu itu adalah dari genre EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini ialah pelaburan ketiga untuk VinFast, selepas membina satu kilang EV di utara Vietnam dan satu lagi yang dalam proses pembinaan di North Carolina, US.

VinFast juga dilaporkan akan membina kilang automotif di Indonesia dengan kebolehan untuk membina bateri EV mereka sendiri.

Pembinaan kilang di Tamil Nadu itu akan bermula tahun ini dan akan memberi peluang pekerjaan kepada 3,000 ke 3,500 penduduk tempatan.

Laporan lanjut di Asia Nikkei.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…