VinFast lancar SUV elektrik VF e35, VF e36 untuk pasaran US

oleh Mohamad Hanif|
VinFast tidak pernah bermain-main apabila mengumumkan niat untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Menerusi acara Los Angeles Auto Show 2021, pengeluar automotif dari Vietnam yang lebih muda daripada Proton itu memperkenalkan dua buah SUV elektrik, VF e35 dan VF e36.
 

VF e35


Direka untuk melawan Tesla Model Y, VW ID.4 dan Hyundai Ioniq 5, VF e35 merupakan sebuah crossover elektrik dengan rekaan yang dihasilkan oleh Pininfarina.

Rupa luarannya dimulakan dengan unit lampu LED terpisah, bar LED melintang, kemasan perak pada bahagian sisi dan roda aloi, sementara bahagian belakang pula menempatkan unit lampu LED, dan diakhiri dengan bar LED melintang berbentuk V.
 

VF e35


Tidak banyak info berkenaan ruang kabin didedahkan, namun VF e35 menampilkan skrin infotainmen bersaiz 15.4 inci tanpa sebarang kluster instrumen.

Tidak ketinggalan, keupayaan pemanduan autonomi Tahap 3 (SAE Level 3) yang menggunakan 14 unit kamera, penderia LiDAR, serta 19 unit penderia 360 darjah!

VF e35 bakal ditawarkan dalam konfigurasi motor elektrik tunggal 201 hp, atau motor elektrik berkembar dengan kuasa 402 hp, jarak pemanduan sehingga 459 km atau 499 km dengan pek bateri yang lebih besar.
 

VF e36


SUV elektrik VF e36 ini dikatakan memiliki saiz yang agak serupa dengan BMW X7.

Ia juga turut mendapat khidmat daripada Pininfarina, namun dengan rekaan yang lebih bersegi dengan dimensi yang jauh lebih besar berbanding VF e35.

Selain daripada elemen pencahayaan yang hampir sama dengan model VF e35, VF e36 menampilkan satu ciri rekaan yang unik pada tiang C.
 

e36


Ruang kabin pula menempatkan konfigurasi tiga baris tempat duduk, skrin infotainmen juga adalah sebesar 15.4 inci selain dilengkapi dengan kelengkapan pemanduan autonomi Tahap 3 yang sama macam VF e35 itu tadi.

Kedua-dua unit SUV elektrik ini boleh didapati di Amerika Syarikat menerusi pra-tempahan bermula separuh kedua 2022, sementara penghantaran pertama dijangka akan dibuat menjelang akhir tahun.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangunkan menggunakan pelantar E-GMP (Electric-Global Modular Platform), SEVEN Concept…