VINFAST DIJANGKA BAKAL MASUK KE PASARAN MALAYSIA PADA 2025

oleh Firdaus Razani|
Jenama kereta dari Vietnam, Vinfast telah mengesahkan bahawa ia akan memasuki pasaran Malaysia dan akan menubuhkan kilang di Indonesia untuk menghasilkan model bagi pemanduan sebelah kanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kilang tersebut akan menghasilkan serta mengeksport terutama ke pasaran di Asia Tenggara dan Australia, dan pengeluar asal juga telah memutuskan untuk memasuki pasaran Malaysia.

Sebelum ini, VinFast mengumumkan bahawa dengan penubuhan kilang yang berkeluasan 200 hektar di Indonesia, ia akan menjadikan Indonesia sebagai pangkalan pengeluaran pemanduan kanan mereka.

 

vinfast

 

Kilang tersebut bukan sahaja akan memasang kereta baharu , tetapi juga menjadi bahagian yang berkaitan kenderaan elektrik seperti bateri dan motor.

Menurut jurucakap rasmi mereka, kereta baharu yang dikeluarkan oleh kilang ini akan dibekalkan ke Singapura, Malaysia dan Thailand untuk masa akan datang.

 

vinfast

 

Awal tahun lalu, terdapat khabar angin bahawa Vinfast sedang berunding kerjasama dengan pengedar kereta di Malaysia, namun sehingga kini tiada berita lanjut dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa kilang baharu di Indonesia tersebut tidak akan beroperasi sehingga 2025, jadi selewatnya tahun 2025 dan keatas, jenama ini akan memasuki pasaran Malaysia.

 

SUMBER : automachi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Walaupun pada acara IIMS 2024 tersebut, Vinfast tayangkan lima buah model EVnya, iaitu model VFe34…