Vinfast dari Vietnam akan pamer dua kenderaan di Paris Motorshow

oleh HEZERI SAMSURI|
Sedang kita sibuk dengan pelancaran Geely/Proton X70, syarikat automotif Vietnam, Vinfast sedang bersiap sedia untuk mempamerkan dua kenderaan konsep mereka di Pameran Automotif Paris awal bulan hadapan.

Vinfast ialah syarikat automotif Vietnam milik kumpulan VinGroup, sebuah pemaju hartanah yang kini memiliki pusat-pusat membeli belah, apartment, spa, resort, hospital dan sekolah di seluruh Vietnam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Vinfast ialah projek pertama kumpulan milik Pham Nhat Vuong itu dalam industri pembinaan kenderaan.

Menurut laporan CNBC, Vinfast akan memberi fokus utama dalam pemasaran kenderaan di dalam negara Vietnam dahulu. 

Penjualan kenderaan dijangka akan berkembang pesat hasil dari pengukuhan ekonomi negara tersebut. 

 

 

Namun begitu, kilang pemasangan Vinfast yang sedang dibina itu mempunyai kekuatan untuk menghasilkan dua kali ganda lebih dari yang diperlukan oleh pasaran domestik Vietnam sendiri.

Ini ialah kerana Vinfast mahu melihat kepada peluang untuk mengeksport produk mereka ke negara luar, contohnya di kawasan Asia Tenggara.

Menurut CEO Vinfast, Jim DeLuca yang sebelum ini bekerja dengan General Motors di Korea dan China sebelum bersara, ada banyak syarikat automotif yang berjaya di Asia - contohnya Toyota, Nissan, Hyundai dan juga jenama-jenama baharu dari China.

 

 

"Namun begitu, keperitan Proton dari Indonesia menunjukan bahawa betapa sukarnya sebuah syarikat kenderaan untuk berjaya," ujar CEO Vinfast yang nampaknya tidak tahu asal Proton dari negara mana.

Kilang VinFast dijangka siap dalam suku kedua tahun hadapan dan ia akan menghasilkan dua kenderaan penumpang (SUV dan sedan) dan skuter-skuter elektrik.

DeLuca juga berkata mereka akan menghasilkan model pengeluaran kenderaan mereka dalam masa hanya 24 bulan, berbanding dengan syarikat kenderaan lain yang memerlukan masa sehingga 60 bulan. 

"Ini ialah kerana VinFast mempunyai rakan teknikal seperti ABB, Bosch, Magna Steyr dan Siemens. BMW juga akan memberikan platform untuk dua kenderaan pertama kami," ujarnya.

 

 

BMW akan memberikan kebenaran untuk VinFast menggunakan pplatform X5 dan 5-Series lama bagi kegunaan dua produk pertama mereka.

BMW juga memberikan lesen kepada VinFast untuk membina varian enjin 2.0L 4-silinder BMW di kilang Vinfast untuk kegunaan kedua-dua produk mereka itu.

Tiada butiran mengenai enjin dan platform yang dilesenkan oleh BMW tetapi Careta yakin ia adalah platform dan enjin generasi lama (E60 dan enjin n/a BMW).

Pininfarina pula menghasilkan rekabentuk untuk sedan dan SUV tersebut.

 

 

Bagi Careta, antara yang menjadi tandatanya ialah pelantikan CEO dari GM kerana GM bukanlah satu syarikat yang boleh dijadikan contoh, terutamanya di wilayah Asia.

GM hanya hidup di US dan di negara-negara Amerika Latin, mereka hidup dengan model-model lama Suzuki dan Isuzu yang ditukar lencana.

Di Asia Tenggara, GM tidak berjaya menghidupkan jenama Chevrolet. Malah GM tidak begitu serius langsung untuk mempelajari pasaran Asean.

 

 

Idea menghasilkan kenderaan dari konsep ke model pengeluaran dalam masa 24-bulan nampak menarik bagi mereka yang tidak arif akan industri automotif.

Namun begitu, Proton telah membuktikan ia tidak semudah yang disangka - dan Proton sendiri dibantu oleh pembekal-pembekal komponen bertaraf dunia.

Syabas kepada Vinfast kerana berani dan mahu melakukan pembaharuan tetapi Careta fikir ini bukan suatu perkara mudah. 

Lebih-lebih lagi VinFast ialah syarikat milik swasta, dan bukan milik syarikat bantuan kerajaan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…