Tahun 2020 sepatutnya menjadi tahun pertama negara komunis itu menganjurkan perlumbaan Formula Satu.
Pada 2019 yang lalu, Vietnam menandatangani kontrak 10-tahun sebagai penganjur perlumbaan berprestij itu dengan kos sebanyak RM249 juta untuk setiap perlumbaan (dibayar penuh oleh konglomerat besar negara itu, VinGroup).
Perlumbaan pertama Formula Satu di Hanoi bakal menjadi perlumbaan jalanan di waktu malam (seperti pusingan di Singapura) sepanjang 5.565 km.
Vietnam juga tidak dapat memberi keputusan samada ia akan menganjurkan sukan itu tahun hadapan.