Vietnam bakal anjur perlumbaan F1 pada tahun 2020

oleh Mohamad Hanif|
Perancangan untuk meletakkan Vietnam sebagai lokasi perlumbaan F1 bagi tahun 2020 dikatakan bakal menjadi kenyataan, dengan beberapa sumber mengesahkan perjanjian antara pihak yang berkenaan sudah pun termeterai.
Modenas

Salah sebuah jiran dalam Asia Tenggara ini dikatakan telah lama berada dalam pemerhatian pemilik F1, Liberty Media dengan keputusan untuk menjadikan sebuah litar yang terletak 12 km barat Hanoi sebagai lokasi sasaran. 

Sumber daripada acara Japanese Grand Prix minggu lalu turut mengesahkan berita tersebut dan pengumuman rasmi penambahan Vietnam sebagai tuan rumah F1 bakal dibuat seawal bulan hadapan.

Pengarah perlumbaan F1, Charlie Whiting yang telah melawat lokasi di Hanoi sebelum perlumbaan Japanese GP tidak menolak kemungkinan fasiliti yang dibangunkan di Vietnam sudah lebih daripada bersedia untuk menerima kunjungan kejohanan berprestij tersebut. 
 


Litar tersebut dibangunkan di atas jalan raya umum sedia ada - sama seperti Litar Marina Bay Singapura - dengan beberapa bangunan tambahan bakal dibina khas untuk tujuan perlumbaan tersebut. 

Menurut Whiting lagi, fasa pembangunan rekaan litar di Vietnam kini memasuki peringkat seterusnya, dan ia benar-benar bersedia untuk menghadapi musim 2020 seperti dalam jangkaan. 

"Berdasarkan pengalaman lalu, ia tidak seharusnya mendatangkan masalah," tambah beliau. 

Sumber: Motorsports.com

Tags

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Minggu lalu Pakistan menggantung 262 juruterbang syarikat penerbangan selepas mengesyaki pemalsuan…
Berita Global
Kelibat EV baharu itu dikesan sedang diuji di Vietnam dan seperti model-model Vinfast yang lain, ia…
Hezeri Samsuri
Jamie yang sudah dua tahun bertugas di Thailand sebenarnya pernah bekerja dengan syarikat-syarikat…