VIDEO: Volkswagen ucap selamat jalan kepada nama ikonik Beetle

oleh Mohamad Hanif|
Setiap yang bermula, perlu ada pengakhirannya, dan tidak terkecuali nama ikonik yang selama ini menaikkan Volkswagen di mata dunia - Beetle.

Keputusan untuk menghentikan pengeluaran Beetle adalah disebabkan pengurangan permintaan di kalangan pelanggan, selain memberikan laluan kepada model yang lebih berdaya saing pada masa akan datang.

Selain itu, Volkswagen juga kini memfokuskan kepada pengeluaran kereta elektrik menerusi keluarga ID. 

 


Sebagai tanda penghargaan kepada plet nama Beetle, Volkswagen dengan kerjasama agensi Johannes Leonardo dan runut bunyi daripada Pro Musica Youth Chorus menghasilkan sebuah video animasi ringkas "The Last Mile" yang menampilkan sebuah VW Beetle. 

Video tersebut mengisahkan seorang peminat tegar Beetle yang mana hidupnya banyak dipengaruhi oleh Volkswagen Beetle, selain menampilkan cameo dan rujukan daripada karakter lakonan Andy Warhol dan Kevin Bacon dalam filem Footloose.
 


Selain daripada medium papan pengiklanan digital, filem pendek The Last Mile ini akan turut membuat debut di dalam program ‘Dick Clark’s New Year’s Rockin’ Eve with Ryan Seacrest 2020’ menerusi saluran ABC.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Recall terkini yang melibatkan inflator Takata itu berisiko untuk rosak akibat tahap kelembapan dan…
Berita Global
Pihak Milivié Design baru-baru ini mengumumkan penawaran model klasik Volkswagen Beetle yang telah…
Berita Global
Menerusi kerjasama antara JP Performance dan Prior Design, mereka bakal membangunkan kit badan…