Video tunggang motosikal tanpa helmet tular, lelaki ini dapat empat saman

oleh Mohamad Hanif|
Satu video tular di platform tiktok baru-baru ini yang memaparkan tindakan seorang lelaki menunggang motosikal tanpa memakai helmet.

Menurut perkongsian di Facebook, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengesahkan lelaki tersebut telah hadir ke Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S. Lee untuk diambil tindakan.

Terdapat tiga saman dikeluarkan untuk tiga kesalahan, iaitu tidak memakai topi keledar, ekzos yang diubahsuai dan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan.

Satu saman juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas kesalahan bunyi bising melebihi had yang dibenarkan.

 

Sumber: FB JSPT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kita mengatur gerak penugasan bagi memastikan kelancaran aliran trafik melalui bantuan…
Berita Domestik
  Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 11.30 pagi 29 Mei lalu. "Satu…
Berita Domestik
  "Kita telah menerima laporan daripada kedua-dua pihak yang terlibat dalam kemalangan itu. Kes…