Video tular skuter elektrik atas jalan raya, polis buka kertas siasatan

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan satu video di aplikasi TikTok yang memaparkan sebuah kenderaan mikromobiliti atau skuter elektrik digunakan di atas jalan raya di Jalan Uda Utama, Bandar Uda Utama, Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada kira-kira jam 3 petang, 15 Ogos lalu.

"Insiden membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun bersama seorang wanita dan seorang kanak-kanak menaiki kenderaan berkenaan di lokasi terbabit.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 3(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 kerana menggunakan kenderaan mikromobiliti di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi keselamatan bersama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hafiz Aminuddin di talian 011-35807871.

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, daripada jumlah tangkapan itu, empat individu ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta…
Berita Domestik
Antara cadangan ganjaran tersebut ialah diskaun saman trafik kepada mereka yang aktif melaporkan…
Berita Domestik
Dalam kemalangan kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Shahrol Anuar Md Roby, 44, meninggal dunia di…