Video tular - Pemandu bas memandu secara berbahaya digantung tugas

oleh Penyumbang Rencana|
foto Harian Metro
Tular di media sosial sebuah bas milik E-Mutiara memotong deretan kenderaan secara berbahaya di garisan berkembar baru-baru ini.

Berdasarkan video viral tersebut, syarikat bas ekspres, Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) telah mengambil tindakan dengan menggantung tugas pemandunya yang memandu secara berbahaya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, malam kelmarin.

Pengerusinya Che Ibrahim Che Ismail, berkata tindakan segera terhadap pemandu yang berusia 40-an itu sudah diambil pada Selasa selepas melihat video yang tular itu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut Che Ibrahim pemandu berkenaan telah berkhidmat lebih setahun di syarikat dan walaupun dia merayu atas tindakannya yang tidak sabar ketika memandu, pihak syarikat tetap mengambil tindakan.

"Selepas siasatan kita akan buat keputusan susulan. Pada masa sama, saya turut menghubungi Ketua Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya menggantung lesen atau membatalkan lesen untuk pemandu degil seperti ini.

"Tindakan yang dikenakan ini bagi memberi pengajaran kepada pemandu yang lain supaya memandu secara berhemah," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sebelum bas berkenaan berlepas, pemandu terbabit hadir pada taklimat harian dan semua pemandu diberi peringatan supaya memandu secara berhemah.

"Kita sentiasa memberi peringatan dan mengingatkan pemandu supaya memandu dengan cermat dan berhemah kerana kita membawa ramai penumpang," katanya.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selepas menerima laporan juruterbang, unit kawalan trafik udara mengarahkan penerbangan yang…
Berita Domestik
  "Saya hendak umumkan bahawa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah membuat…