Video tular kenderaan miliki 397 saman tertunggak tidak benar

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan video tular berkaitan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang didakwa mempunyai tunggakan sebanyak 397 saman di sebuah kawasan perumahan di Mount Kiara di Kuala Lumpur.


Timbalan Pengarah (I) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Nasri Omar berkata, siasatan pihaknya mendapati tiada sebarang tunggakan saman sebagaimana ditularkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Hasil semakan dijalankan mendapati video tersebut tidak benar dan tiada sebarang tunggakan saman dimiliki.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pada Selasa, tular video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok yang mendakwa sebuah kenderaan didakwa mempunyai sebanyak 397 saman tertunggak.

Video tular tersebut turut menyatakan bahawa tiada tindakan diambil terhadap pemilik kenderaan tersebut biarpun memiliki jumlah saman yang banyak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Kadar Khas Bayaran Saman PDRM. Tinggal satu hari sahaja lagi. Jom bayar segera!," katanya…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian…
Berita Domestik
Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor berkata, bayaran itu dikutip hasil tawaran diskaun 50…