Video tular: ECRL diarah segera baiki jalan berlubang

oleh Penyumbang Rencana|
Video dimuat naik seorang aktivis jalan raya mengenai tampalan 'pothole' pecah di laman media sosial pada Isnin.
Pemaju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diarahkan membaik pulih tampalan pada jalan berlubang di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri), Klang dengan segera.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius video dimuat naik seorang aktivis jalan raya mengenai tampalan ‘pothole’ pecah di laman media sosial.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

“Hasil semakan mendapati lokasi jalan raya yang tular itu adalah di Jalan Hj Abdul Manan (Jalan Negeri) yang kini berada di dalam had penyelenggaraan pihak pemaju projek ECRL.

“Kerosakan tampalan yang ditularkan berpunca daripada tampalan secara ‘coldmix’ dilaksanakan oleh pihak pemaju dan takungan air pada bahu jalan tersebut,” katanya pada Isnin.

Sehubungan itu, demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, JKR Malaysia melalui JKR Daerah Klang mengarahkan pihak ECRL membaik pulih tampalan secara ‘hotmix’ di tapak dengan segera.

“JKR Malaysia sentiasa komited dan prihatin terhadap keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang awam turut dinasihatkan untuk melaksanakan perkongsian berhemah dan menyemak terlebih dahulu sebelum menyebarkan sebarang berita dan informasi,” katanya.

- dah viral baru nak ambil tindakan, kalau tidak 'senyap sepi' buat-buat tak perasan!-

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Produk berkenaan adalah hasil inovasi PETRONAS Research Sdn Bhd (PRSB), yang sudah diluluskan…
Informasi
"Tindakan baik pulih akan dilaksanakan segera," katanya. Sementara itu, DBKL memaklumkan petugas…
Berita Global
Ujarnya yang dikenali sebagai Ummu Hani itu lagi, banyak implikasi buruk berlaku sekiranya jalan…