Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang

oleh Penyumbang Rencana|
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, dekat Klang, 4.30 pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata insiden berlaku apabila beberapa kumpulan 'mat rempit' melakukan aksi tunggangan secara laju dan berbahaya di sepanjang jalan dari Kompleks Sukan Pandamaran ke Pelabuhan Klang sebelum berpatah balik serta membuat beberapa pusingan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

"Salah sebuah motosikal telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal dari kumpulan yang lain.

"Susulan itu, dua daripada penunggang, masing-masing berusia 16 dan 21 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dibawa ke hospital," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Khairul Nizam di talian 010-2452144.

Cha berkata lokasi itu sering dijadikan litar oleh golongan remaja pada malam minggu walaupun sudah beberapa kali operasi dan tangkapan dijalankan.

Susulan itu, beliau menasihati ibu bapa supaya lebih peka terhadap aktiviti anak-anak agar tidak terlibat dalam kegiatan lumba haram yang boeh mengancam nyawa dan pengguna jalan raya.

Terdahulu tular video berdurasi 17 saat memaparkan pelanggaran beberapa motosikal di jalan raya.

Video tular di sini

-kematian yang sia-sia, salam takziah kepada keluarga-

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Johor, Pesuruhjaya Datuk M. Kumar, polis juga telah menahan seramai 23 orang…
Berita Domestik
"Polis mengesan video tular di media sosial memaparkan aksi menunggang secara melulu dan…
Berita Domestik
Beliau berkata, hasil daripada risikan dan operasi mendapati masih terdapat samseng jalanan yang…