VIDEO TULAR AKSI BAHAYA TIGA KANAK-KANAK, POLIS SEDANG KESAN PEMANDU

oleh Hamimah Hamid|
POLIS Perak sedang mengesan individu yang memandu sebuah kereta dengan tiga kanak-kanak melakukan aksi bahaya mengeluarkan kepala dari sebuah kereta yang bergerak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, video aksi berbahaya berdurasi satu minit dua saat itu tular dikongsi dalam laman sosial Facebook InfoRoadBlock bertarikh hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Datuk Mior Faridalathrash, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Tambun, Ipoh namun tarikh dan masa belum dapat dikenalpasti.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu.

“Polis kini sedang mengesan individu yang terlibat memandu kereta Mercedes tersebut,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mendedahkan kanak-kanak dengan cara  yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Orang ramai ayng mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Yap Siew Cheng di talian  012-9093362 untuk membantu siasatan.