VIDEO: Toyota GR Supra standard masuk hutan? Biar betul?

oleh Mohamad Hanif|
Ketika awal pengenalan Toyota GR Supra ke dunia, rata-rata respon yang diterima adalah cukup baik, namun tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan Toyota bekerjasama dengan BMW bagi menghasilkan pengganti Supra JZA80 yang sememangnya ikonik dengan enjin 2JZ itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, tidak dapat dinafikan penampilan jentera tersebut kini menguasai sebilangan besar perlumbaan berprestij, termasuklah pertandingan D1GP 2020 yang bakal disertai oleh Prince of Drift, Tengku Djan pada bulan Julai nanti.

Itu merupakan habitat 'sebenar' Toyota GR Supra, dan sudah pasti anda tidak akan menyangka GR Supra bakal dilenjan di lokasi yang cukup berbeza - jalan off-road yang ringan.

 


Ini kerana fizikal Toyota GR Supra itu sendiri yang cukup rendah, malah penulis sendiri tidak begitu berani memandu Supra itu di jalan sekitar Klang yang kini sibuk dengan lubang-lubang jalanan hasil pembangunan laluan LRT3 pada ketika ini.

Video berdurasi tiga minit yang diterbitkan menerusi saluran YouTube robyworks memperlihatkan pemilik GR Supra berwarna biru itu memandu jentera tersebut menerusi jalan hutan, salji, malah berani melakukan aksi melompat seperti yang biasa dilakukan oleh kereta rali.

 

gambar hiasan

Sekaligus membuatkan penulis terfikir, selain daripada kehadiran GR Yaris, adakah GR Supra bakal sertai WRC satu hari nanti?

Saksikan aksi Toyota GR Supra standard dilenjan di jalan hutan bersalji pada pautan dibawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin tidak ramai yang tahu, Toyota juga sebelum ini pernah menawarkan sedan pantas Mark X GRMN,…
Berita Global
Menurut Toyota, model ini merupakan tribut kepada jentera Supra Mk4 dengan penawaran dua warna unik…
Berita Global
CEO baharu Toyota, Koji Sato dalam satu kenyataan mendedahkan bekas CEO terdahulu, Akio Toyoda kini…