VIDEO: Tesla Model S terbang!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu didapati telah mengingkari amaran halaju yang dipaparkan oleh papan tanda yang mengingatkan bahawa beliau sedang melalui lintasan kereta api yang sedikit tinggi daripada jalan biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Video yang dipetik daripada rakaman CCTV rumah berhampiran telah merekodkan sebuah Tesla Model S 'terbang' pada kelajuan yang tinggi ketika melalui kawasan lintasan kereta api tersebut. 

Berdasarkan beberapa rakaman yang telah disumbangkan, Tesla Model S didapati bergerak pada kelajuan dua kali ganda berbanding had laju jalan tersebut, terbang sejauh 50 meter dan melantun di atas jalan tersebut dua kali berturut-turut sebelum terbabas di kawasan parkir Assikinack Public School.

Menurut pihak polis tempatan Barrie, kedua-dua pemandu dan penumpang hanya mengalami cedera ringan dan pemandu tersebut ditahan sejurus selepas dirawat sabit kesalahan memandu dalam keadaan berbahaya. 
 


"Ia mungkin nampak sangat 'cool' kerana aksi yang dipaparkan tampak seperti aksi bintang filem, namun hakikatnya, pemandu tersebut meletakkan terlalu banyak nyawa di dalam risiko termasuklah dirinya sendiri," ujar Barrie Police. 

Kesan daripada aksi lagak ngeri tersebut, kereta Model S tersebut telah disahkan tidak mampu untuk beroperasi lagi dan dihantar untuk tujuan perlupusan. 

Saksikan rakaman CCTV daripada rumah berhampiran dengan lintasan kereta api yang menunjukkan aksi bahaya pemandu tersebut. 

 


Mungkin juga pemandu tersebut mengambil inspirasi daripada gambar di bawah. 

"I believe I can fly!"

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…