VIDEO: Suzuki dedah imej acah sebuah pedang Jepun 'Katana' - Versi baharu Katana bakal tiba?

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki telah menerbitkan beberapa buah video acah yang menampilkan proses pembuatan sebuah pedang Jepun yang lebih dikenali dengan nama "katana" (かたな).

Suzuki bukanlah merancang untuk menghasilkan sebuah pedang produksi massa, akan tetapi ia lebih berkait rapat dengan nama ikonik sebuah motosikal yang bakal dilahirkan semula tidak lama lagi. 
 


Sebelum ini Suzuki pernah menunjukkan kepada umum sebuah motosikal one-off Katana menggunakan asas daripada GSX-S1000 pada sebuah acara di Milan tahun lalu. 

Kehadiran Suzuki Katana ini merupakan satu tindakan berani daripada pengeluar Jepun itu apabila mereka dikatakan bakal hadir dengan sebuah Hayabusa, GSX-R600 dan GSX-R750 serba baharu ke dalam pasaran. 

Beberapa video acah Katana bakal diterbitkan setiap minggu sebelum pengenalan rasmi pada INTERMOT tahun ini. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada Yang Maha Esa kerana menciptakan bahan material yang paling seksi atas dunia…
Berita Global
Jualan motosikal di Indonesia untuk tahun 2018 mengakhiri musim sendu industri tersebut. Jualan…
Berita Global
Suzuki UK telah melancarkan edisi khas kepada supermini Suzuki Swift yang digelar sebagai Swift…