Video: Sejarah pemilikan pasukan F1 yang aneh

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti beberapa pasukan F1 yang terkemuka seperti Ferrari, Williams dan McLaren yang menceburi arena ini di bawah pemilikan yang sama, lain pula ceritanya bagi pasukan-pasukan ternama yang lain. 

Kerap kali di dalam sejarah penglibatan, mereka mengalami pertukaran pemilik yang agak kerap malah nama pasukan juga bertukar beberapa kali. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
F1


Sebagai contoh, pasukan Renault yang ada pada ketika ini asalnya memulakan penglibatan mereka sebagai Toleman pada tahun 1981 sebelum bertukar kepada Benetton empat tahun berikutnya.

Renault hanya membeli pasukan ini bermula pada tahun 2002 dan kemudian nama pasukan menjadi Lotus-Renault GP.

Namun, jika diimbas kembali sejarah, pada tahun yang sama Toleman menyertai F1, pasukan asal Renault ini  didapati bertembung sesama sendiri dengan sebuah lagi pasukan Renault sehinggalah pada tahun 1985.

 


Samalah juga halnya pada pasukan Mercedes yang dahulunya dikenali dengan nama Tyrrell pada tahun 1971, sebelum ia menjadi pasukan British American Racing (BAR) pada tahun 1999 sehingga tahun 2005.

Kemudian, Honda memasuki F1 dengan membeli pasukan ini pada tahun 2006 sebelum meninggalkan arena ini dua tahun kemudian. 

Secara teknikalnya, pasukan Mercedes pernah menjadi pasukan Honda suatu ketika dahulu. 

Kedengaran pening bukan? 

Untuk mengetahui sejarah penglibatan pasukan-pasukan lain, sila nikmati fakta-fakta menarik berkenaan pasukan F1 yang dipersembahkan oleh WTF1 menerusi video di bawah. 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…