Video: Sains di sebalik pecutan 0-60 batu sejam (0-100 km/j)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika diturutkan kepada teori pecutan, ia didefinisikan sebagai kadar perubahan halaju terhadap masa, di mana jika pecutan bernilai positif, halaju objek semakin bertambah dan juga sebaliknya. 

Namun, dalam dunia automotif, kita lebih mengenali angka pecutan 0-60 batu sejam (atau 0-100 km/j) sebagai salah satu cara termudah untuk menilai prestasi sesebuah kenderaan.

Secara sifir mudahnya, semakin banyak kuasa kuda, semakin pantas pecutan yang terhasil untuk mencapai kelajuan 100 km/j. 

Namun, adakah ia semudah itu? 

BMW telah menerbitkan sebuah video penerangan ringkas bagi memudahkan pemahaman anda terhadap aspek pecutan 0-100 km/j tadi, dan menyenaraikan lima perkara yang mempengaruhi faktor pecutan kereta moden iaitu: aerodinamik, berat, output kuasa, tayar dan sistem bantuan pemanduan terkini. 
 


Sebagai contoh, anda mungkin menganggap (dalam keadaan standard), pecutan E30 M3 yang lebih ringan (1,200 kg) lebih pantas berbanding generasi M5 baharu yang mempunyai berat hampir 2 tan. 

Jawapannya salah kerana ia berbalik semula kepada aspek output kuasa, atau lebih tepat lagi nisbah kuasa kepada berat.

Selain daripada itu, faktor cengkaman tayar dan permukaan yang bagus juga menyumbang ke arah faktor pecutan 0-100 km/j, selain sistem bantuan terkini seperti launch control yang banyak membantu prestasi pecutan sesebuah kenderaan moden. 

Tonton video penerangan ringkas daripada BMW untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan salah satu cara yang kita gunakan untuk mengenalpasti prestasi kereta masa kini. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak daripada pengumuman tersebut, Elon Musk sudah beberapa kali menangguhkan kemunculan sebenar…
Berita Global
Berkemungkinan besar diinspirasikan daripada filem tersebut, saluran YouTube Warped Perfection…
Berita Global
Menurut laman web configurator untuk Tesla Model S Plaid, kelajuan tertinggi untuk Plaid memerlukan…