VIDEO: Rolls-Royce Cullinan bermain di tengah padang pasir Dubai!

oleh Mohamad Hanif|
Bayangkan, duduk di dalam sebuah kenderaan bernilai $300,000 (RM1.24 juta) semata-mata untuk bermain di tengah padang pasir?

Namun, menerusi satu video ringkas yang dimuatnaik dalam Facebook, Rolls-Royce mahu membuktikan model Cullinan mereka sebenarnya jauh lebih lasak walaupun dengan spesifikasi mewah dan tanda harga yang jauh lebih mahal.

Ini bukanlah kali pertama Rolls-Royce Cullinan dibelasah sedemikian rupa di tengah padang pasir, dan tujuan utama adalah untuk memperlihatkan keupayaan sebenar pemanduan off-road SUV premium tersebut.

 


Digandingkan dengan jurufoto yang handal, anda boleh menikmati sendiri 'keseronokan' SUV tersebut ketika bertemu dengan padang pasir, dengan barisan gambar yang sangat artistik dan boleh dijadikan sebagai wallpaper laptop anda.

Dalam satu babak awal video tersebut, sengaja Rolls-Royce menampilkan Spirit of Ecstasy beriluminasi, di mana opsyen tersebut sebenarnya telah pun diharamkan di Eropah atas alasan pencemaran cahaya.

Namun, jika anda seorang pemilik Cullinan, adakah anda akan berani membelasah SUV super mewah anda di tengah padang pasir, disebabkan banyak lagi opsyen yang boleh dipilih - seperti contoh Land Cruiser.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Inspirasi Dari Bulu Emas Bailey Spectre Bailey hadir dengan skema warna dua tona krim dan emas,…
Berita Global
Menurut Presiden Rolls-Royce Amerika Utara, Jon Colbeth, purata umur pembeli baharu model elektrik…
Berita Global
Spectre Lunaflair   Rolls-Royce Spectre Lunaflair diilhamkan dari fenomena halo atau cahaya…