VIDEO: Rimac C_Two tunjuk keupayaan pemanduan senget tanpa bantuan elektronik

oleh Mohamad Hanif|
Rimac Automobili telah menerbitkan sebuah video ringkas berdurasi kurang satu minit yang memaparkan keupayaan sebenar jentera elektrik Rimac C_Two di atas litar lumba.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Video tersebut dimulakan dengan babak mesyuarat oleh pasukan pembangun Rimac yang membincangkan soal pengendalian yang perlu dimuatkan pada Rimac C_Two.

Salah satu syarat atau kriteria yang ditetapkan adalah "Rimac C_Two perlu mampu untuk drift sendiri tanpa bantuan daripada alat bantu pemandu seperti algoritma torque vectoring," menurut Mate Rimac.

Miroslav Zrnčević, pemandu uji Rimac kemudian menunjukkan prestasi sebenar Rimac C_Two yang mampu membuat aksi pemanduan senget, di mana ia didakwa oleh Rimac "tidak memerlukan sebarang bantuan elektronik".

 


Bagi mereka yang terlupa, Rimac C_Two merupakan sebuah hypercar berkuasa elektrik dengan kehadiran empat motor elektrik yang mampu menjana 1,888 kuasa kuda dan 2,300 Nm daya kilas.

Kuasa pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 1.85 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 412 km/j dan memiliki jarak operasi sejauh 550 km mengikut data kitaran WLTP.

Bulan lalu, Rimac telah pun selesai menyiapkan sebuah barisan produksi baharu yang membolehkan mereka membina empat model produksi dalam tempoh satu bulan dengan kekuatan penuh.

Namun, Rimac masih perlu menyiapkan fasa menguji model prototaip, ujian homologasi serta sepuluh unit model pra-produksi bertujuan untuk menguji ketahanan dan proses pengesahan sebelum Rimac memasuki fasa produksi yang sebenar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pencapaian ini sekaligus meletakkan jurang 146 km/j pada rekod terpantas yang pernah dicatatkan…
Model Terbaharu
Rimac tidak sekadar berdiam diri tanpa melakukan sebarang penambahbaikan, di mana perubahan yang…