Video: Proton Waja 1.6L AT 20th Anniversary tahun 2005

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton Waja ialah model pertama yang dihasilkan oleh Proton sendiri.

Dilancarkan pada 8 Mei tahun 2000 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sedan Waja ini membuka lembaran baharu kepada syarikat kenderaan nasional pertama itu.

Antara fakta menarik tentang Proton Waja ialah:
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
  • Pelaburan untuk model Waja ini ialah sebanyak RM1 billion (termasuk kos intelektual bagi rekabentuk dan kos kejuruteraan fizikal).
  • Proton memerlukan 36 bulan untuk menyiapkan model Waja.
  • Seluruh kerja-kerja itu melibatkan 1.7 juta jam.
  • Seramai 300 orang jurutera terbabit dengan projek Waja.
  • Waja menggunakan 95 peratus komponen tempatan. 
  • Penggunaan komponen tempatan menjimatkan Proton sebanyak RM400 juta aliran wang keluar jika ia mengimport komponen tersebut.
  • Proton membeli hakcipta platform itu dan ini menjimatkan Proton sebanyak RM500 juta bagi jangka hayat Waja.
  • Platform itu diasaskan dari platform kolaborasi Volvo (S40) dan Mitsubishi (Carisma) tetapi diubah oleh sebuah agensi kejuruteran Jerman, EDAG untuk mengukuhkannya agar ia lebih selamat dan sedap dipandu.
  • Proton Waja hadir dengan dua varian enjin - 1.6L dari Mitsubishi dan 1.8L dari Renault.
  • Proton sebenarnya merancang untuk menghasilkan Waja diesel dengan enjin 1.9L dari Renault tetapi ia dibatalkan.
  • Proton Waja dengan enjin 1.6L dari Mitsubishi mempunyai halaju maksimum 181 kmsj dan pecutan dari 0 - 100 kmsj ialah 14.7 saat.
  • Sistem gantungan Waja ditala oleh jurutera-jurutera Proton sendiri yang kemudiannya mendapat pengiktirafan dari anak syarikat Proton - Lotus.

Hezeri Samsuri pulang ke kampung halamannya dan berkongsi sedikit informasi mengenai Proton Waja 20th Anniversary Edition yang diperkenalkan dalam tahun 2005, sebelum Proton menggunakan enjin Camro untuk model itu.

Di bawah ialah video tersebut. Cuba lihat apa yang disimpan oleh ayah Hezeri! Dan jangan lupa untuk SUBSCRIBE channel Youtube Careta kerana ada banyak lagi video-video menarik bakal dilancarkan.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…